Tuesday, June 8, 2010

MASS PRODUCTION TAHUN 2009

Untuk pengetahuan anda, setiap pekerja kami dilatih untuk menitikberat kualiti dan kesempurnaan biskut yang dibuat.Setiap pekerja kami wajib mengambil suntikan TYPHOID untuk mengelakan penyakit bawaan air seperti TAUN !! ianya berbahaya untuk anda sekiranya anda dijangkiti.



So, berhati hati lah ketika anda membeli juadah berbuka puasa!!
Jangan kerana terlalu obses dengan homemade dan handmade, anda terlepas pandang...



"" SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK !!! ""




BOOTH RAMADAN 2009 DI PLAZA KOTARAYA















Nama booth booth kami terdiri daripada, ALLADIN RECIPE,B.A.T CORNER & WAN EJA RECIPE.
Walaupun nama booth berbeza, tokey nye sama..apa lagi , jom !! JUMPA kami di sana !!!! bulan poser ye.. :-D

TART SEPIT TRADISIONAL

Tart Sepit ini adalah tart tradisi masyarakat melayu Johor, Singapura dan ada juga di pelbagai negeri di Malaysia.

Penyepit khas digunakan untuk membentuk bunga disekeliling tart menggunakan kemahiran tangan anda sepenuhnya.
Bunga kecil yang diletakkan di atas jem nenas di buat dengan menggunakan acuan fondant.Sesetengah orang hanya menggentel tepung tart menjadi bentuk "V" dan diletak kan di atas jem sebagai hiasan.

Untuk pasaran bulan Ramadan tahun 2010, kami di syarikat Perniagaan Alladin membuat dan membekal pelbagai jenis biskut raya.Lebih 30 jenis akan berada di pasaran sedikit masa lagi.

Untuk anda yang berada di sekitar Johor Bharu, boleh jumpa kami di booth Ramadan di Plaza Kotaraya. Saksikan sendiri kami membuat tart sepit secara LIVE !!! dan sudah tentu FRESH !!

Harga 50pcs - RM35.00

Untuk anda yang berminat untuk menambah duit di bulan poser ni, harga untuk berniaga kami tawar serendah RM20.00 untuk belian minimum 20 bekas.

Untuk pengetahuan anda, bahan bahan yang kami gunakan dijamin halal.
Untuk TART SEPIT ni, butter yang kami guna adalah butter GOLDEN CHURN atau lebih glamer dengan nama Cap Tong.Tepung plak dari jenis blue key...sebab itulah tart sepit ini agak mahal disamping pembuatan nya amat memerlukan kepakaran ketika membentuk bunga dikeliling tart.